Anda tidak dibenarkan memuat naik kembali atau menjual hasil terjemahan Another di TapawSub. Jika ingin berkongsi Another, sila gunakan pautan asal.
Another, アナザー
Status: Telah TamatStudio:P.A. WorksDiterbitkan: 2012Durasi: 24 min. per ep.Musim:Winter 2012Jenis:SiriEpisod: 12Dipos Oleh:Niee SenpaiTarikh Dipos:Kemas Kini Akhir:
Muat turun Another Sarikata Bahasa Melayu Percuma hanya di TapawSub.
Siri ini dikategorikan sebagai 'dewasa' kerana mengandungin unsur kekerasan, darah, seksual atau bahasa yang tidak baik yang mungkin tidak sesuai untuk penonton di bawah umur. Pihak TapawSub tidak akan bertanggujawab dengan apa yang berlaku.
Sinopsis Another
Pada tahun 1972, terdapat seorang pelajar tingkatan 5 yang teladan di Sekolah Menengah Yomiyama bernama Misaki. Gadis itu sangat popular di kalangan rakan sekelas dan sekolahnya. Apabila dia meninggal dunia secara tiba-tiba, rakan sekelas dan gurunya memutuskan untuk berpura-pura dia masih hidup sehingga hari tamat pengajian apabila sosok pelik muncul dalam foto tamat pengajian.
Pada musim bunga tahun 1998, seorang pelajar bernama Sakakibara Kouichi berpindah ke kelas dan berasa pelik tentang suasana kelas. Di dalam kelas itu dia bertemu dengan Misaki Mei, tetapi yang mengejutkannya rakan sekelas yang lain menyangka bahawa Misaki Mei tidak wujud.
Selepas itu, kejadian aneh mula berlaku kepada pelajar dan keluarga mereka. Kouichi segera menyiasat misteri ini untuk menghentikan fenomena aneh yang menimpa dirinya dan rakan-rakannya.