Setiap orang ada impian ingin dikecapi termasuklah seorang gadis bernama Kanon Shibuya. Disebabkan rasa takutnya untuk tampil di atas pentas, Kanon gagal masuk kursus muzik di Sekolah Tinggi Gadis Yuigaoka. Namun begitu, dia masih berdaftar di sekolah yang sama untuk kursus umum. Meskipun Kanon memutuskan untuk tidak membuat sebarang penglibatan dalam hal muzik, terdapat pelajar sekolah sama yang berasal dari Shanghai bernama Tang Keke cuba menyakinkan Kanon untuk kembali ceburi dalam muzik dengan alasan berpontesi menjadi idola sekolah.
Walaupun Kanon dan Keke cuba menubuhkan kelab Idola Sekolah di sekolah tersebut, ia ditentang hebat oleh ketua pelajar bernama Ren Hazuki yang merupakan anak kepada pengasas sekolah tersebut. Mereka memutuskan untuk berjumpa dengan pengarah sekolah untuk usul cadangan penubuhan kelab. Mereka dibenarkan tubuhkan kelab itu dengan syarat iaitu mereka harus dapatkan tempat pertama di Festival Idola Sekolah Yoyogi
Kredit lirik karaoke, typeset: https://www.animedreamsubs.moe/