Sertai TapawSub

Jika anda telah membuka halaman ini, anda mungkin berminat untuk menyertai TapawSub ataupun ingin belajar membuat sarikata. Di bawah ini anda akan menemui penerangan ringkas tentang perkara/bidang yang ada dalam dunia Fansubbing.

TL: Penterjemah. Bertugas dalam menterjemah sarikata dari bahasa Jepun/Inggeris ke Bahasa Melayu.

TLC: Pemeriksa Terjemahan. Bertugas dalam memastikan terjemahan tidak lari dari apa yang diterjemah oleh penterjemah. Juga memastikan bahasa yang digunakan menggunakan kosa kata yang betul dan mudah difahami.

QC: Pemeriksa Kualiti. Memastikan tiada kesalahan ejaan dan juga akan memeriksa balik setiap episod yang dah diencode supaya tiada kesilapan yang terlepas pandang. Juga bertanggungjawab memastikan setiap keluaran dalam kualiti yang terbaik.

Kara: Karaoke. Membuat efek karaoke serta mengatur masa untuk setiap lagu pembuka dan lagu penutup.

Editor: Penyunting. Menyemak balik semua skrip jika ada apa-apa perubahan yang perlu dilakukan.

Timer: Pengatur Masa. Bertugas untuk mengatur masa skrip bagi sama dengan video sumber yang ada.

Typesetter: Pengatur huruf. Memilih font yang sesuai untuk sesuatu siri, juga memastikan encoder menerima font yang perlu untuk diencode. Untuk penerangan lebih lanjut mengenai posisi ini boleh ke laman ini. Tekan sini.

Encoder: Pengekod. Memasukkan sarikata yang lengkap ke dalam video. Kami menggalakkan mereka yang pandai dalam hardsub (sarikata kekal).

Distro: Pemuat Naik/Pembekal Pautan Muat Naik: Memuat naik setiap keluaran ke laman sesawang perkongsian fail atau pun torrent.

Kredit: S.N Fansub

 

Jika berminat anda boleh hubungi kami di Discord, Facebook atau Telegram.