Selepas menamatkan siri manga kegemarannya, Fuko Izumo akhirnya memutuskan untuk menamatkan riwayatnya. Selama 10 tahun, sesiapa yang menyentuh Fuko akan mendapat nasib yang malang. Itu mempengaruhi hidupnya secara drastik, termasuk menyebabkan kematian ibu bapanya.
Sebelum sempat membunuh diri, Fuko disentuh oleh seorang lelaki pelik yang kemudiannya terjatuh ke landasan kereta api dan dirempuh sampai hancur. Tapi, dia muncul dan hidup semula di depan Fuko.
Lelaki yang Fuko namakan Andy itu seorang yang hidup abadi, dan bercita-cita untuk mati. Akhirnya mereka bekerjasama untuk memberikan kematian terbaik kepada Andy. Tapi sebuah organisasi misteri mula bertindak, dan cuba mengambil kesempatan dari keupayaan luar biasa mereka berdua.