Filem ini berlatarkan pesaingan kompetitif dalam pembuatan animasi. Mereka yang terlibat dalam bidang ini bertungkus-lumus untuk mendapatkan pangkat “haken”, yang diberikan kepada pengarah atas hasil animasi yang popular.
Saito Hitomi sedang membuat pembikinan anime pertamanya sebagai seorang pengarah. Dia dan rakan sekerjanya berdepan pelbagai masalah semasa pembuatan filem animenya. Tatkala itu, seorang lagi pengarah yang bernama Ouji Chiharu yang mempunyai hasil keluaran yang terkenal sebelum ini, berganding bahu dengan penerbit, Arashina Kayako untuk membuat filem animasi pertamanya selepas keluaran terakhirnya pada lapan tahun lalu. Kebetulan pula, Saito Hitomi dan Ouji Chiharu bakal menerbitkan filem keluarannya pada tarikh yang sama. Siapakah yang bakal mendapat pangkat “haken” tersebut?
Dlm 2 jam tengok cerita ni an, aq tertanya cane rasa roti yg di rebut 2 org tu ek dari tengah cite sampai lh scene shoito nangis dpt roti stroberi bukan chocolate😌