Kredit: Haikal Roslan
Sesiapa saja pasti mempunyai sesuatu tahap yang merasakan dirinya istimewa dan berbeza daripada manusia biasa yang lain. Kita juga merasakan seolah-olah mempunyai kuasa ajaib yang muncul dari alam fantasi. Penyakit ini yang digelarkan “Chunnibyou” menjadi punca alami detik-detik memalukan dalam hayat seseorang.
Bagi Yuuta Togashi pula, sifat Chunnibyou yang telah ditinggalkan masih segar dalam ingatannya. Bila teringat semula sewaktu zaman sekolah menengahnya yang membuat gaya seperti Raja Api Gelap, dia memutuskan untuk berpindah ke sekolah tinggi yang jauh di mana tiada yang mengenali dia demi menutup aib waktu lalu.
Malangnya bagi dia, sifat itu takkan dapat dilupakan bila rakan sekelas barunya iaitu Rikka Takanashi masuk ke dalam kelasnya dan menyatakan bahawa dia mempunyai Mata Terkutuk. Dengan adanya penglibatan Rikka dalam kehidupan seharian sekolah Yuuto, azamnya untuk lupakan sifat Chunnibyou itu telah luntur. Ikuti kisah siri ini yang penuh jenaka dan gelak tawa.