Summer 2024

Kami no Tou: Ouji no Kikan
The Answer StudioJa Wangnan nampaknya tidak boleh melepasi tingkat 20. Walaupun selepas gagal berkali-kali, dia enggan berputus asa. Dalam perjalanannya, dia bertemu dengan watak misteri dan berkuasa bernama Viole. Wangnan menjemput Viole untuk menyertai pasukan Regularsnya. Perjalanan mereka diteruskan dengan cabaran baharu di setiap selekoh.

Shinmai Ossan Boukensha, Saikyou Party ni Shinu hodo Kitaerarete Muteki ni Naru.
Yumeta CompanyUmum tahu adalah lebih baik untuk mula bergiat sebagai pengembara di usia muda kerana kuasa magik yang menjadi asas kekuatan takkan berkembang kalau bermula di usia lanjut. Tapi Rick Gladiator, yang menjadi pengembara ketika berusia 30-an, mempunyai kuasa tempur seperti pengembara tahap S, tahap tertinggi di dunia. Sebenarnya, Rick menjalani kehidupan yang tak dapat dibayangkan bersama parti legenda Orihalcon Fist, sebuah parti pengembara terkuat di benua itu. Daripada naga kepada vampir, kehebatan Rick dalam bertempur yang dilatih oleh mentor “raksasa”nya, membolehkan dia mengalahkan satu demi satu pengembara elit yang cuba meremehkannya.

Tokidoki Bosotto Russia-go de Dereru Tonari no Alya-san
Doga KoboAlisa Mikhailovna Kujo atau panggilan mesranya Alya ialah pelajar di Sekolah Swasta Seirei, dan juga dikenali sebagai “Puteri Ais”. Alya merupakan kacukan Rusia, pelajar terbaik dalam darjah, bendahari MPP (Majlis Perwakilan Pelajar) dan… sangat tidak mesra. Entah mengapa, dia selalu menegur (baca ‘memarahi’) si pemalas yang duduk di bersebelahannya bernama Kuze Masachika. Hatinya sering disakiti oleh karenah Kuze yang selalu tersengguk dalam kelas, lupa bawa buku teks dsb. Pendek kata, dia tu tak boleh dibuat contoh.
Tapi tapi tapi, itu hanyalah luaran semata dua, yang dalam terlindung siapa tahu, kan? Hakikatnya Alya tidaklah benci sampai begitu sekali. Bahkan Kuze pun boleh memanggilnya dengan nama panggilan rapat. Hanya orang-orang yang faham akan luahan Alya dalam bahasa Rusia sahaja akan tahu, tapi disebabkan dia seorang sahaja penutur bahasa Rusia, dia bebas bercakap apa sahaja.
Cumanya… Ada seorang sahaja yang faham (jeng jejeng~). Siapalah sangka, Kuze faham bahasa Rusia juga! Selalu dia mencuri-curi dengar segala luahan Alya dan berpura-pura tak faham akannya, termasuklah luahan kata manisnya terhadap Kuze sendiri yang mencairkan hati!
Ikuti kisah komedi–cinta mereka ini, tersedia baik dalam perisa Rumi mahupun Jawi.
Nota penterjemah: Maaf sangat-sangat kerana lambat (T_T), kehidupan nyata nyatalah kerasnya, masa disangka luas sempit sebenarnya, tulang pun tak disangka boleh tahan beratnya.
Nantikan episod kemudiannya!

Tsue to Tsurugi no Wistoria
Actas, Bandai Namco PicturesWill Serfort berhasrat untuk menunaikan janji zaman kanak-kanaknya untuk menjadi salah seorang Magia Vander, penyihir terhebat yang duduk di atas Menara Penyihir. Tapi dia sama sekali tak tahu menggunakan magik, dan itu memaksanya bertempur melawan raksasa dungeon untuk mendapatkan kredit di Akademi Magik Regarde. Inilah kisah seorang budak lelaki yang bakal mengubah dunia.