Yuuichi Katagiri mempunyai masalah kewangan kritikal di dalam hidupnya tetapi dia masih bersikap positif kerana rakan-rakan sekelilingnya. Untuk berpegang pada janji kepada rakan-rakannya, Yuuichi mengumpulkan wang yang mencukupi untuk sertai rombongan sekolah. Tapi kemudian, wang yang dikumpul hilang secara misteri, dua rakan Yuuichi yang disyaki mencuri wang itu adalah Shihi Sawaragi dan Makoto Shibe, orang yang bertanggungjawab memegang wang itu. Walaupun tak bersalah, Shiho dan Makoto dengan terpaksa bertanggungjawab kerana tiada sesiapa yang mengaku.
Beberapa hari kemudian, Yuuichi dan rakannya menerima sepucuk surat misteri untuk buatkan mereka berkumpul. Setelah sampai, mereka diserang dan dipengsankan. Mereka terjaga di sebuah bilik yang ada “Manabu-kun,” satu watak kontroversi dari sebuah rancangan televisyen yang dihentikan tayangannya kerena kandungan yang tak bagus. Dia memberitahu salah seorang dari mereka mempunyai jumlah hutang yang besar. Mereka akan bermain satu “permainan persahabatan”: satu siri permainan yang akan menguji keutuhan ikatan dan kepercayaan mereka. Ketika Kepercayaan mereka semakin goyah dek kerana berahsia dan pengkhianatan, Yuuichi perlu mencari tahu siapa “rakan” yang boleh dipercayai dan siapakah pengkhianatnya.
Mantap ah