Nisekoi Live Action (2018)
Tanda
3 orang telah menanda

Nisekoi Live Action (2018)

Anda tidak dibenarkan memuat naik kembali atau menjual hasil terjemahan Nisekoi di TapawSub. Jika ingin berkongsi Nisekoi, sila gunakan pautan asal.
False Love
Status: Telah Tamat Durasi: 1:56:46 Musim: Jenis: Episod: 1 Penterjemah: Nizarman, Iwang Albarn Dipos Oleh: Nizarman Tarikh Dipos: Kemas Kini Akhir:
Muat turun Nisekoi Sarikata Bahasa Melayu Percuma hanya di TapawSub.

Sinopsis Nisekoi

Berkisahkan seorang pemuda yakni anak pewaris kumpulan yakuza bernama Raku Ichijo yang menjalani kehidupan sehariannya berbeza berbanding orang lain. Setiap kali beliau ke sekolah, pasti akan dipandang serong oleh pelajar-pelajar yang lain kerana mereka anggap dirinya istimewa. Namun pada suatu hari, dia mengalami kemalangan tak diduga setelah masuk ke sekolah apabila dia dihentak dengan lutut oleh pelajar baru perempuan berambut perang. Tanpa dia sedari, dia merupakan pelajar baru dalam kelasnya dan kekecohan berlaku pada hari pertama.

Sebaik Raku pulang ke rumahnya, ayah Raku memberitahu bahawa dia perlu menjadi kekasih anak kepada kumpulan gengster dari New York bagi mengelakkan sebarang pertumpahan darah berlaku antara kedua-dua kumpulan yakuza dan gengster. Namun kejutan berlaku lagi apabila anak kumpulan gengster yang dimaksudkan ayahnya itu merupakan gadis berambut perang yang sama kelas denganya bernama Chitoge Kirisaki. Kini hubungan mereka digelar sebagai “Nisekoi” (Cinta Dusta) Apakah kisah yang bakal harungi mereka berdua selepas ini?

Kredit pengatur huruf, lirik karaoke: Iwang Albarn

Untuk Cara Muat Turun Anda Boleh Lihat Di Atas! Jika Ada Link Yang Sudah Mati, Sila Laporkan Di Ruangan Aduan Kerosakan.

Muat Turun Nisekoi

Filem

1280x690

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *