Ao Ashi – Anime Bertemakan Bola Sepak dengan Gaya yang Berbeza?

Setiap musim, genre anime akan sentiasa berubah, bermula dari aksi, sukan, isekai, dan pelbagai lagi. Salah satu genre menarik pada musim lepas adalah anime bergenre sukan iaitu bola sepak.

Genre sukan adalah antara genre kegemaran aku, kerana aku suka bersukan kot haha. Lebih-lebih lagi bola sepak dengan badminton. Dua musim sebelum ini dah ada anime bergenre ini juga, iaitu Futsal Boys!!!! Tapi tulah, macam yang aku duga, anime itu tidak mendapat sambutan penonton.

Kali ini aku nak buat ulasan yang ringkas saja untuk anime Ao Ashi.

Plot

Ao Ashi ialah anime bertemakan bola sepak yang mula disiarkan pada musim bunga, pada 9 April 2022, dan berakhir pada penghujung musim panas pada 24 September 2022 lalu.

Di sebuah pekan yang tenang, tumpuan pasukan bola sepak sekolah menengah rendah tempatan telah teralih pada seorang pemain muda iaitu Ashito Aoi. Terkenal dengan pergerakannya yang tidak menentu dan gaya permainannya yang ego (memetingkan diri), Ashito adalah satu-satunya tunjang utama yang membawa pasukannya melepasi kejohanan peringkat awal sekolah menengah yang sangat penting bagi mereka.

Namun, rentak kemenangan mereka tidak bertahan lama, apabila Ashito telah hilang kawalan dan bertindak ganas pada pihak lawan mengakibatkan dia ditendang keluar dari baki permainan yang tersisa.

 

Menceritakan Perjalanan Ashito Untuk Menjadi Pemain Profesional

Kebanyakkan anime sukan yang memfokuskan pada satu watak adalah dengan satu tujuan untuk menjadi kuat atau bermain di pasukan yang hebat. Dan apabila impian dah tercapai itu akan menjadi ending nya. Mungkin lah, aku hanya meneka.

Bermula dengan Ashito menerima tawaran dari Fukuda sampailah bergabung ke pasukan Esperion. Ramai yang mahu masuk ke pasukan ini. Kerana pasukan ini terkenal dengan permainan yang gila.

Selepas mendapat tawaran, Ashito memulakan ujian bersama dengan peserta lain. Boleh dikatakan, Ashito adalah pemain yang paling lemah dari segi teknik yang dimiliki, kecuali finishing. Di dalam fikiran Ashito hanya mahu menjaringkan gol sahaja, kerana dia adalah seorang penyerang. Dipendekkan cerita, Ashito diterima masuk.

 

Drama Yang Dihidangkan Agak Tersentuh

Semestinya jika tiada konflik, sesuatu cerita akan terasa hambar. Ashito sebelum pergi, dia menghadapi masalah kerana tidak mendapat restu dari ibu bapanya. Ada satu dialog yang membuat aku tersentuh serta memahami perasaan Ashito.

Banyak perselisihan faham dalam pasukan Esperion ini. Seorang demi seorang pemain ditunjukkan latar belakang mereka, masalah seorang pemain dengan pemain lain, dan lain-lain. Ada satu babak Ashito ditegur dan dia hampir berputus asa. Tetapi dia teringat tentang ibunya yang menghabiskan banyak wang untuk dia mencapai impiannya.

 

Pembangunan Karakter

Pembangunan watak sememangnya tidak kurang pentingnya. Jika sebelum ini aku ada kata anime ini mempunyai drama yang agak tersentuh, bermakna ada beberapa watak yang boleh mencetuskan emosi penonton dan pemain.

Ashito Aoi, mempunyai satu perwatakan yang gigih. Dia boleh dikatakan mempunyai mata helang. Dia dapat melihat seluruh padang seperti burung yang  memerhati dari langit. Dia tahu kedudukan setiap pemain dan boleh meramal pergerakan pemain lain.

Tatsuya Fukuda, jurulatih Pasukan Esperion A. Dia boleh digambarkan sangat lasak dan cara dia melatih pemainnya sangat bagus. Dia adalah watak yang boleh memberi semangat pada Ashito untuk membantu Pasukan Esperion B memenangi perlawanan.

Hana Ichijo, seorang gadis yang menjadi peminat jurulatih Tatsuya. Dia menjadi peminat Ashito, dan dia selalu menjadi penyemangat Ashito. Ashito juga beranggap dengan adanya Hana dia boleh memenangkan perlawanan.

Masih banyak lagi watak yang penting bagi Ashito, seperti Ootomo, Togashi, Asari.

 

Visual dan Audio

Walaupun anime itu ada plot yang bagus, tapi visualnya biasa saja, adakah korang akan menontonnya? Tak, bukan aku maksudkan anime visual ini teruk.

Jika korang pernah menonton anime Haikyuu!!, begitulah rupa visualnya. Tapi kalau korang tanya pendapat aku, studio ni dah bertambah baik. Jadi ia tak akan sama sebijik dengan Haikyuu!!.

Dari penglihatan mata aku, tiada penggunaan CGI. Dan jika ada, bagi aku ianya taklah kelihatan kasar sehingga membuatkan mata tak selesa untuk melihatnya.

Audio juga memainkan peranan dalam anime ini. Membangkitkan drama yang ingin disampaikan. Pada pendapat aku, rasanya audionya biasa-biasa saja.

 

Kesimpulan

Bagi aku anime ni sesuai untuk ditonton oleh penonton yang berumur 13 tahun ke atas. Sebab ada banyak scene bercakap walaupun tidak mengandungi kata-kata kasar. Aku sangat recommend anime ini kepada peminat bola sepak, mungkin anime ni sesuai untuk korang. Jadi daripada ulasan di atas, aku dapat memberikan markah 7/10 untuk anime Ao Ashi.

Artikel Lain

Anime yang berjudul Mieruko-chan ini mempunyai 12 episod. Walaupun aku harap ia sekurang-kurangnya mempunyai 24 episod, tetapi anime ini taklah seperti Boku no Hero yang memang wajib mempunyai 24 episod….

Bubble adalah salah satu filem anime yang paling ditunggu-tunggu oleh para peminat Anime khusunya di Malaysia pada penghujung April lalu. Anime ini telah dikeluarkan secara rasmi pada 28 April 2022,…

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *