Aku meletakkan expectation yang tinggi untuk anime ini, Takt Op. Destiny. Tetapi aku sepatutnya sedar, tidak semua akan ikut apa yang kita kehendaki.
Takt Op. Destiny, anime musim luruh yang lalu. Dan aku baru sahaja selesai menontonya.
Anime ini mempunyai genre aksi dan fantasi. Kedua-dua genre itu memang ada dalam cerita ini, dan anime ini bertemakan muzik. Bercakap tentang muzik, adakah anda tahu mana-mana anime lain yang mempunyai tema muzik juga? Jawapannya ialah Vivy : Fluorite Eye’s Song.
Sejak pengumuman projek terbaru dari studio MAPPA yang akan bekerjasama dengan studio Madhouse dalam menghasilkan anime Takt Op. Destiny ini, aku sangat teruja menunggu ia untuk ditayangkan dan meletakkan harapan yang sangat tinggi.
Jadi, bagaimana hasilnya? Mungkin bukan hanya aku saja yang akan berkata seperti itu, ada juga beberapa orang yang sama, mungkin.
Ulasan ini mempunyai spoiler!
Plot
Amerika Syarikat telah bergolak sejak kemunculan D2, spesies invasif yang berasal dari meteor hitam yang jatuh ke Bumi. Sebuah organisasi negara melarang rakyatnya memainkan melodi apa pun, untuk mencegah lebih banyak kematian yang disebabkan kebencian D2 terhadap muzik – sekarang pun, pada tahun 2047, larangan ini masih lagi dilaksanakan.
Satu-satunya bentuk pertahanan umat manusia melawan D2 adalah Musicart, wanita muda yang mewakili karya muzik klasik; dan Conductors, yang mengawal mereka.
Takt Asahina, seorang pemain piano, mendapati dirinya berubah menjadi Conductor setelah serangan D2 secara spontan. Insiden yang sama membunuh adik perempuannya Anna Schneider, Cosette, dan membuat Takt berhubungan dengan Musicart-nya, Destiny.
Cerita Original Tidaklah Selalunya Bagus
Seperti yang kita tahu, banyak dari anime original studio yang tak berjalan cantik selama penayangannya. Dan ya, begitulah nasib Takt dan kawan-kawannya. Mungkin sama seperti nama kawan kepada Takt, Unmei atau Destiny yang memberi maksud takdir.
Tapi secara jujurnya, aku tak ada masalah dengan jalan ceritanya dan bagaimana aku dapat menikmati anime ini hingga tamat. Perkara yang membingungkan aku adalah episod pertama dan keduanya yang tidak relevan.
Pada episod pertama, kita akan disajikan dengan sebuah kota yang seakan normal dan tidak ada muzik. Di situ juga diperkenalkan dengan dua orang watak penting, Takt dan Unmei, yang bermain piano dan membuat orang ramai berhimpun serta memanggil D2.
Di episod kedua, semuanya seperti berulang dari kosong. Episod kedua kita dikenalkan dengan Cosette sebelum dia menjadi Unmei atau Destiny. Dan di situlah tujuan pertama mereka menuju ke New York City.
Ok, apa masalahnya? Masalahnya bagi aku adalah tujuaan mereka menujukkan cerita yang berbeza. Aku fikir nasibnya akan seperti Peach Boy Riverside yang alur ceritanya yang tak tersusun. Seolah-olah anime ini diminta untuk di rewatch kembali.
Tapi aku salah, kerana itu hanya pada episod pertama dan keduanya sahaja. Mungkin jika kita susun mengikut urutan, episod pertama berada di episod keempat.
Banyak Persoalan yang Ditinggalkan
Ok, kali ini akan mengandungi spoiler. Aku cuba untuk tidak melakukannya dan memberikan spoiler sedikit mungkin. Tapi ya, aku akan ambil poin penting dari persoalan yang ditinggalkan.
Pertama, di episod kedua di mana Takt menjadi Conductor dan Cosette menjadi Unmei atau Destiny aka Musicart. Pergilah tonton jika nak tahu lebih jelas kenapa mereka menjadi kedua itu.
Persoalan yang ditinggalkan adalah, tangan Takt yang hilang dan memberikan perubahan bentuk kepada Unmei. Ya, ia mungkin terjawab kerana Unmei melakukan sesuatu, tapi aku memang tak puas hati sebab tidak ada penjelasan.
Adakah ia disengajakan untuk membuat penonton berteori sendiri? Jadi mungkin, ya. Ending-nya sendiri meninggalkan persoalan. Aku hanya beritahu, bukan menggambarkan scene yang berlaku itu.
Perkara yang Aku Suka Pada Anime Ini
Tahu-tahulah taraf MAPPA itu dimana? Tambahan pula ini satu kerjasama dengan studio Madhouse.
Menurut aku anime itu tidaklah teruk sangat dengan rating-nya 7,18 (berdasarkan laman web MyAnimeList) disebabkan unsur 18+ dan darah yang merata. Anime itu berakhir dengan 12 episod dengan cerita yang tergantung.
Madhouse juga sempat memproduksi anime yang bertajuk Sonny Boy. Anime tersebut memperoleh rating 7,73 dan ya anime itu adalah original studio. Aku suka konsepnya yang unik, di mana para pelajar menghilang dari kewujudan dan berada di dunia melayang.
Cukup membahas kedua-dua anime ini, kembali semula kepada perkara yang aku suka tentang anime ini. Ada dua perkara yang aku suka tentang anime ini iaitu scene pertempuran dan permainan kamerannya.
Kombinasi yang Bagus Antara Permainan Kamera dan Fight Scene
Tidak banyak anime bermain dengan kamera dan merakam dari sudut yang berbeza. Macam mana nak terangkan ya, aku agak keliru. Mungkin nanti anda boleh semak bagaimana sudut kamera yang aku maksudkan itu.
Semasa scene pertempuran, anime ini sangat berwarna-warni. Ini sangat-sangat, wow, memukau mata aku.
Selain daripada itu, permainan kamera yang memukau. Mungkin ada yang tak suka, tapi aku suka. Gabungan yang sempurna pada pendapat aku.
Kesimpulan
Anime Takt Op. Destiny hanya mempunyai 12 episod sepanjang tayangannya. Mengisahkan tentang Takt yang ingin bermain piano dan cuba memulihkan Unmei di New York City.
Aku sudah sebutkan kelebihannya. Sekarang kelemahannya pula, aku merasakan ada scene yang kaku dalam pergerakan. Contohnya ketika Takt dan Cosette bermain piano di hadapan penonton.
Adakah ia memang kaku atau pun aku salah tengok? Tetapi aku rasa begitu.
Aku tak recommend sangat anime ini. Tetapi jika anda nak sangat tahu, tonton sahaja di platform, seperti iQiyi, dan YouTube Ani-One. Mungkin itu sahaja yang aku boleh ulas. Secara keseluruhan, 7/10 pada pendapat aku. Ini dari pandangan aku sahaja.
Hmm menarik