Baiklah, sekarang kami nak kongsikan kat korang semua macam mana nak buat sari kata dengan menggunakan cara yang ramai subber buat.
Antara yang korang perlu ada dan download ialah:
1- Aegisub (software subtitle) – http://www.aegisub.org/downloads/
2- MKVToolNix (penggabung file subtitle dengan video [softsub]) – http://www.fosshub.com/MKVToolNix.html
3- HandbrakeCLI (penampak subtitle pada video [hardsub]) – https://handbrake.fr/downloads2.php
4- Cyko (ringankan file video [optional]) – http://sourceforge.net/projects/cyko/files/
Ok, pastu korang boleh download anime yang nak di sub kan tu. Nak mudah ambik dekat website https://animetosho.org/. Search saje anime apa yang nak pastu pastikan yang korang download tu ada softsub( sub yg boleh diedit) dan kebanyakannya format video tu mestilah mkv.
Selain AnimeTosho, terdapat beberapa laman lain yang menyediakan anime dengan softsub, antaranya ialah:
- HorribleSubs
- AnimeFansFTW
- AnimeChiby
Selepas siap download anime format mkv..Bukak Aegisub
1.
Klik File>Open Subtitle>Pilih video mkv korang
2.
Kalau keluar benda ni, klik No.
3.
Kalau nak tengok sekali dengan video, pilih Video>Open Video>Pilih video mkv korang. Dan selepas tu video tu akan keluar sekali dengan audio kalau korang guna aegisub terbaru. kalau yang lama punya kena open sendiri audio dia pilih Audio>Open Audio File dari video mkv.
Ok, lepas siap translate semua sarikata tu. Mestilah kena save kan… Save as kan file tu.
Lepas tu bukak mkvmerge GUI
1.
Add kan file video mkv tadi ke mkvmerge GUI.
Kemudian add kan file subtitle korang, lepas tu sila kenalpasti sarikata korang dan sarikata asal video tu.
Sila untick/buang tanda kat sarikata asal video tu. Dan pastikan sarikata korang mesti di tick. Lepas siap klik Start muxing. Pastikan korang tahu tempat Output tu.
Kemudian korang boleh test video tu guna player Media Player Classic – K-Lite Codec Pack 11.20 (Full)
Sarikata macam tu orang panggil softsub iaitu sarikata yang boleh diambil jgk oleh orang lain untuk diedit dan sebagainya. Jadi kita akan buat supaya sarikata tu melekat terus kat video tu tanpa boleh diedit lagi, kita panggil nya Hardsub.
Cara untuk hardsub kan sarikata pada video adalah dengan menggunakan Cyko…. (sbnrnya banyak lagi cara nk hardsub kan dia tapi ini salah satu darinya). Dan proses ni kita panggil encode video.
1. Selepas korang Download Cyko sila baca file ReadMe bersama Cyko tu. Perlu letakkan file HandbrakeCLI sekali dengan Cyko dalam satu folder.
2. Buka Cyko > Add Source file > Option
Berikut antara contoh bagi setting yg selalu admin guna kalau video HD
Pastu klik Scan > Encode.
Kalau nak cepatkan proses encode tu pilih presets Medium (tapi saiz video akan jadi besar dan gambar tak cantik)
Kalau very slow saiz kecil dengan gambar tiptop terbaik..tapi makan masa la…. kalau PC korang laju x pelah..
Ok tu je. Lepas siap encode open file video tu kat tempat yang korang save.
Boleh tengok cara Ripman menggunakan Cyko untuk encode video, sila klik link https://justpaste.it/7p7l0
Sebenarnya ada cara lain nak Encode dengan gunakan MeGUI, atau pun guna Handbrake tapi cara dia susah skit..Mungkin admin lain boleh tolong terangkan..hehe..ok, selamat mencuba!
Kalau ada apa2 nk tanya sila komen atau mesej page FB kami. Kalau x balas maknanya kami sibuk la tu ye..hehe