Mieruko-chan : Anime Seram Tapi Tidak Seram

Anime yang berjudul Mieruko-chan ini mempunyai 12 episod. Walaupun aku harap ia sekurang-kurangnya mempunyai 24 episod, tetapi anime ini taklah seperti Boku no Hero yang memang wajib mempunyai 24 episod.

Aku agat terkejut dengan anime yang bergenre seram satu ini, anime seram tapi tak seram. Ya, nanti aku akan ulas apa sebabnya aku berkata begitu.

Anime ini diproduksi oleh studio Passione. Mungkin agak asing di telinga korang, begitu juga aku yang tak tahu anime hype apakah yang mereka pernah hasilkan. Anime Mieruko-chan ini bergenre komedi, seram, dan supernatural.

Anime Mieruko-chan diadaptasi dari manga. Jadi jika korang nak tahu apa yang berlaku seterusnya, bolehlah baca di web atau beli sendiri manga-nya.

Plot

Miko yang pada mulanya masih menjalani kehidupan sehariannya seperti biasa. Tetapi satu hari, ketika dia mahu pulang dari sekolah, tiba-tiba saja dia mempunyai kebolehan untuk melihat hantu (mugkin terbuka hijab bagi kita).

Miko yang pada mulanya takut kerana dapat melihat hantu itu kemudiannya mula membiasakan diri dengan kehidupan barunya itu, agar dapat menyesuaikan diri dengan fenomena penampakan hantu yang terpaksa dihadapinya setiap hari.

 

Cerita yang Biasa, Namun Bermakna

Anime Mieruko-chan boleh dikatakan agak ringan jalan ceritanya dan sesuai untuk ditonton secara santai. Miko dapat melihat hantu yang dia tak tahu penyebabnya, dan dia cuba untuk mengelak daripada hantu-hantu itu. Itu sahaja.

Dalam 12 episod ini, hanya mencerita tentang Miko yang berusaha untuk mengelak daripada para hantu yang menjelma dengan pelbagai jenis rupa dan ragamnya. Ada hantu yang gatal, ada yang seakan raksasa, dan ada yang seakan manusia.

Miko tak pernah memberitahu kepada keluarganya, terutamanya sahabat karibnya sendiri. Dia tak mahu apa yang dia lihat juga boleh dilihat oleh sahabatnya.

Jika anime ini hanya bercerita tentang Miko yang cuba mengelak dari para hantu, mesti membosankan bukan? Ada satu episod di mana Miko dan Hana terjumpa seekor kucing.  Dalam usaha untuk mencari penjaga untuk kucing itu mereka berdua telah menghebohkannya di internet.

Apabila seorang lelaki datang, Miko memasang raut wajah takut. Kerana lelaki tersebut di kelilingi oleh hantu kucing. Itu membuatkan Miko tidak serahkan kucing itu kepadanya. Dan adakah dia antagonis dalam cerita ini? Pergilah tonton sendiri biar lebih jelas, hehe.

Sudah tentu sebuah anime akan mempunyai nilai tertentu, kadang-kadang tersurat dan kadang-kadang ada juga tersirat. Begitu juga dengan anime Mieruko-chan ini ada nilai yang dapat aku tangkap.

Di episod dimana Miko dan Hana memaklumkan untuk mencari seorang yang mahu menjaga kucing yang mereka jumpai itu, ada seorang lelaki kelihatan samseng.

Tetapi Miko melihat lelaki yang berwajah samseng itu mempunyai seekor kucing di sisinya (hanya Miko yang nampak) dan itu membuatkan Miko percaya lelaki itu boleh menjaganya.

Faham kan maksudnya? Maknanya adalah jangan pernah menilai seseorang itu hanya dari luaran sahaja. Ya lebih kurang itulah nilai yang aku dapat tangkap pada episode 2 (kalau tak salah).

 

Sebab Tidak Seram

Mungkin anime ini lebih mengetengahkan genre komedi berbanding seram. Kerana semasa aku menonton, aku tidak merasa takut atau menyeramkan.

Maksud seram menurut Dewan Bahasa Dan Pustaka adalah sesuatu yang menimbulkan rasa ngeri atau rasa takut yang amat sangat. Selama aku menonton anime ini, aku tidak merasakan perkara tersebut.

Adakah disebabkan terdapat unsur komedi anime ini jadi tidak menyeramkan? Menurut aku sendiri jawapannya tidak. Seperti yang kita tahu, filem-filem seram pada umumnya pasti menggunakan background music (BGM) yang ngam. Karena unsur BGM ini dapat membangkitkan suasana seram tersebut.

Berdasarkan orang yang membaca manganya, kata mereka manga lebih menyeramkan daripada anime kerana ia lebih terperinci. Sudah tentu untuk animasi ini agak sukar untuk membuatnya sedetail mungkin seperti manga.

Mungkin wajar jika manga lebih baik daripada animasi, tetapi fakta itu tidak semestinya benar. Jadi jika nak rasa perasaan seram itu, aku cadangkan korang baca manga terus.

 

Anime yang Dipenuhi Fan Service

Orang kata anime ini mempunyai lebih banyak fan service jika nak dibandingkan manganya sendiri.

Sudah pasti orang yang mempunyai fetish terhadap paha (thigh, dasar wibu) akan tersenyum lebar menyaksikan anime ini. Selain paha dari karakter Miko dan Hana, oppai Hana yang besar juga turut ditonjolkan di dalamnya.

Ya, oppai. Anime ini benar-benar menonjolkan fan service tersebut. Mungkin pendapat aku, anime yang tiada fan service akan kurang dapat sambutan. Mungkinlah~.

Disebabkan oleh itu tolong pantau adik-adik atau anak korang dan pilih anime yang sesuai untuk mereka.

 

Kesimpulan

Visualnya boleh dikatakan biasa-biasa saja dan animasi untuk hantu itu tak seram langsung. Animasi hanya direncahkan dengan aura-aura yang seolah-olah untuk membangkitkan keseraman hantu itu sendiri namun tidak menjadi.

Sebenarnya bukan sekadar hanya nak mengelak dari hantu yang Miko nampak, banyak lagi perkara lain yang berlaku dalam anime ni.

Oh ya, ending dari anime ini ditutup dengan cerita yang tergantung. Sudah tentu itu membuat aku dan mungkin penonton lain berasa agak kecewa. Dan kemungkinan, akan ada musim kedua dari anime Mieruko-chan ini.

Artikel Lain

Komen

  1. Dnight Falss says:

    I like flat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *