Ranking of Kings – Pengembaraan Sang Putera Yang Tersakiti

Anime Ranking of Kings mungkin jika dilihat sekilas pandang seperti anime underrated jika anda hanya melihat pada visualnya yang simpel dan cenderung ke arah anime klasik. Namun, siapa sangka, anime yang di produksi oleh WIT STUDIO ini telah mendapat tempat pada hati penggemar anime kerana perkembangan ceritanya yang semakin menarik dan membuat para penonton ternanti-nanti.

Plot

Anime ini mengisahkan seorang putera raja bernama Bojji bertemu makhluk bayangan, Kage. Kage pada mulanya mengambil kesempatan daripada barang berharga Bojji yang mudah ditipunya. Tetapi Bojji sentiasa menuruti permintaan Kage dan sentiasa berjumpa dengan Kage.

Sehingga satu hari, Ayahanda Bojji, Bosse, meninggal dunia. Raja Bosse memindahkan takhtanya kepada Daida, adik Bojji. Dipendek cerita, Bojji memutuskan untuk mengembara dan dari situlah pengembaraan Bojji bermula.

Pada mulanya aku menganggap anime ini akan menjadi serupa dengan One Punch Man, di mana watak utama akan terus berjalan sehingga mencapai S-Rank. Sebenarnya tidak, anime ini tidak seperti yang aku fikirkan.

Ranking of Kings, tidak seperti namanya, lebih memfokuskan pada pengembaraan Bojji untuk menjadi raja. Kalau hanya fokus pada satu cerita, memang bosan kan? Sudah tentu tidak.

Selain mengisahkan pengembaraan Bojji yang ingin menjadi raja dan Kage yang sentiasa menemaninya, anime ini juga menceritakan kekacauan yang berlaku di kerajaan tersebut. Ya, pada dasarnya, terdapat dua cerita.

Aku tidak mahu panjangkan lagi, kerana aku tidak mahu merosakkan hasrat pembaca untuk menontonnya.

Visual yang Biasa, tapi Bagus

Mungkin selepas mengetahui WIT Studio yang memproduksi anime ini, anda mesti fikir kualitinya tidak jauh berbezanya dengan Attack on Titan. Sebenarnya sangat berbeza. Visual anime ini, seperti anime khas untuk kanak-kanak. Terdapat banyak kes seperti ini, salah satunya adalah Tower of God di mana visualnya mengikuti manhwanya sendiri.

Bagi aku tidak mengapa, asalkan masih elok untuk ditonton dan boleh enjoy, itu sudah lebih dari memadai.

Mengandungi Banyak Nilai Moral

Bojji, putera raja yang bisu dan pekak. Orang disekelilingnya sendiri sering mengejeknya. Tetapi berbeza dengan Kage, makhluk dari puak bayangan. Daripada memanfaatkan Bojji, menjadi kawan yang menemaninya dalam pengembaraanya.

Sebenarnya bukan itu sahaja, masih banyak lagi nilai-nilai moral yang lain. Hanya itu salah satu daripadanya. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut, anda boleh menontonnya hehe.

Kesimpulan

Anime Ranking of Kings menceritakan tentang pengembaraan putera Bojji yang bisu dan pekak untuk menjadi seorang raja. Dia dijauhi oleh persekitarannya, baik di kampung ataupun di tempat tinggalnya sendiri.

Visualnya boleh dikatakan biasa-biasa sahaja, malah mengingatkan aku pada anime pada awal 2005-2010, seperti studio Ghibli. Tapi kualiti masih bagus, tak macam ex-arm, hehe (takkanlah WIT Studio boleh bagi visual macam tu). Anime ini sangat bagus untuk ditonton, tambahan pula ia mengandungi banyak nilai moral. Bagus bukan? menonton anime dan kita mendapat nilai daripada anime.

Mungkin ulasan aku tidak luas dan padat. Satu-satunya perkara yang ada di benak aku adalah cerita, cerita, dan cerita yang sangat bagus.

Aku syorkan anime ini untuk yang tertanya-tanya, hehe. Pandangan setiap orang pasti berbeza, ada yang suka dari segi cerita, ada dari segi visual, dan ada yang suka kedua-duanya.  Bagi aku anime ini 10/10. Jika anda menonton dan ia tidak seperti dengan apa yang aku ulas, jangan salahkan aku. Kerana keseronokan setiap orang adalah berbeza.

Artikel Lain

Baiklah, sekarang kami nak kongsikan kat korang semua macam mana nak buat sari kata dengan menggunakan cara yang ramai subber buat. Antara yang korang perlu ada dan download ialah: 1-…

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *