Your Lie In April – Sebuah Kebohongan yang Menghilangkan Trauma?

Sudah lama aku tidak menulis ulasan atau apa-apa artikel di laman TapawSub, kan? Bukan apa, aku agak sibuk dengan hal duniawi ni. Apa-apapun mari kita mulakan ulasan ini, selamat membaca.

Cukup popular di semua kalangan anime, anime bertajuk Shigatsu wa Kimi no Uso atau Your Lie In April yang berakhir dengan 22 episod. Anime dari studio terkenal A-1 Pictures, yang mempunyai genre drama, muzik, romantik, sekolah dan shounen, diadaptasi daripada manga Naoshi Arakawa. Anime ini diarahkan oleh Ishiguro Kyouhei dan komposer Aketagawa Jin, menjadikan anime ini sangat menarik untuk ditonton. Kenapa aku berkata begitu? Teruskan membaca.

Plot

 

Mengisahkan tentang seorang pemain piano genius bernama Arima Kosei, seorang budak lelaki berusia 11 tahun yang berjaya mendominasi pertandingan dan menjadi sangat terkenal. Selepas kematian ibunya yang juga guru piano Arima, dia mengalami gangguan mental sehingga trauma dan tidak dapat mendengar bunyi piano yang dimainkannya. Sejak itu Arima tidak pernah menyentuh piano dan menolak sekeras-kerasnya apabila seseorang memintanya bermain piano.

Dua tahun kemudian, Arima yang tidak pernah menyentuh piano merasakan dunianya terlalu monoton (hitam putih) dan tidak berwarna. Selama dua tahun itu dia ditemani oleh dua orang kawannya, Tsubaki dan Watari. Tetapi kehidupan biasa itu berubah apabila Arima bertemu dengan Miyazono Kaori , seorang gadis cantik yang pandai bermain biola. Permainan Kaori menunjukkan personalitinya yang bebas, sentiasa bersemangat dan optimistik. Kaori, yang meminati Arima , menjemputnya untuk menjadi pemain piano pengiringnya, di mana Arima dikehendaki bermain sebebas mungkin, yang bertentangan dengan gaya permainan Arima yang biasa.

 

Babak dan Gubahan Muzik Yang Bagus


Keseluruhan anime ini Shigatsu wa Kimi no Uso atau biasa disingkatkan KimiUso merupakan tontonan yang menarik untuk ditonton. Animasi yang diarahkan oleh Yukiko Aikyou dan Hisayo Usui cukup dramatik membuatkan penonton mudah terpegun dengan beberapa babak dalam anime ini. Gubahan muzik yang diarahkan oleh Jin Aketagawa sangat cantik sehingga penonton mudah terbawa-bawa. Mengangkat genre yang jarang dipandang iaitu muzik adalah kekuatan utama KimiUso.

Muzik klasik bermula dari Sonata No. 14 Beethoven atau dipanggil Moonlight Sonata, Sonata No. 9 atau dipanggil Kreutzer, kepada Chopin`s Ballad No. 1 dalam G minor, Op. 23 boleh dinikmati dalam anime yang satu ini. Muzik klasik merupakan salah satu tarikan serta pelengkap kepada drama KimiUso.

Dari segi cerita memang tak dinafikan. Drama yang bersalut komedi pada awalnya itu memuatkan dengan kemas cerita utama yang baru muncul pada episod 9-10. Pemotongan setiap episod juga agak bagus dan sentiasa membuatkan korang ingin tahu.

Tarikan utama siri anime ini sebenarnya datang daripada lagu tema pembukaan “Hikaru Nara” oleh Goose House. Muzik ceria dengan instrumental diiringi vokal yang indah ala Goose House membuatkan sesetengah orang yang tidak menontonnya pada mulanya turut tertarik. Pada pertengahan cerita, apabila lagu tema pembukaan digantikan dengan “Nanairo Symphony” yang dipersembahkan oleh Coalamode, diragui ia mampu menyaingi prestij lagu pembukaan pertama. Tetapi akhirnya lagu pembukaan kedua ini juga tidak kurang menarik daripada yang pertama. Secara keseluruhannya lagu pembukaan untuk anime ini tidak boleh dilepaskan.

Kesimpulan

Shigatsu wa Kimi no Uso berjaya mencampurkan drama sekolah ala shonen dengan latar belakang muzik klasik. Elemen muzik klasik itu sendiri sangat menyokong cerita dalam anime ini dan mengingatkan anime yang pernah dimuatkan dalam siaran Noitamina sebelum ini iaitu Nodame Cantabile yang bertemakan hampir serupa dengan KimiUso. Animasi dalam anime ini juga sangat bagus dan kualitinya dikekalkan sehingga habis, tiada penurunan kualiti imej dari anime ini dan anime ini masih kelihatan tajam dan bagus dalam semua resolusi skrin ketika menontonnya.

Shigatsu wa Kimi no Uso berjaya menjadi antara anime yang mendapat banyak pujian pada musim 2014 yang lalu kerana segala-galanya yang diperlukan untuk menarik penonton seperti drama, muzik hingga animasi dilakukan dengan baik dari awal hingga akhir. Konsistensi yang dibawa oleh A-1 Pictures dalam Shigatsu wa Kimi no Uso menjadikan anime ini antara karya terbaik dari studio yang secara kebetulan mengeluarkan Sword Art Online pada ketika itu. Dari ulasan di atas, aku dapat memberi markah 9/10 bagi anime Shigatsu wa Kimi no Uso dan juga antara anime yang dapat menjatuhkan air mata jantan aku.

Artikel Lain

Baiklah, sekarang kami nak kongsikan kat korang semua macam mana nak buat sari kata dengan menggunakan cara yang ramai subber buat. Antara yang korang perlu ada dan download ialah: 1-…

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *