Vinland Saga Mendedahkan Tarikh Tayangan Bagi Musim Keduanya

Musim kedua siri anime shonen terkenal Vinland Saga akan ditayangkan pada Januari 2023 dan akan dianimasikan oleh studio MAPPA (Jujutsu Kaisen, Attack on Titan: The Final Season).

Cuplikan pertama, yang turut dikeluarkan bersama pengumuman tarikh tayangan, menampilkan ramai watak baharu. Cuplikan itu juga memperlihatkan pada kita gambaran tentang protagonis siri ini, Thorfinn yang kelihatan lebih tua sedikit daripada kali terakhir kita melihatnya pada akhir musim pertama yang lalu.

 

MAPPA akan mengambil alih produksi Vinland Saga musim kedua ini daripada Wit Studio, di mana Wit Studio telah memproduksi musim pertamanya. Sebelum ini, MAPPA telah mengambil alih produksi untuk anime Attack on Titan daripada Wit Studio juga.

Walaupun musim kedua dianimasikan oleh studio yang berbeza, ramai kakitangan utama dari musim pertama akan kembali, termasuk pengarah Shuhei Yabuta dan pereka watak Yusuke Takeda.

Musim pertama Vinland Saga telah dikeluarkan pada tahun 2019 dan merupakan salah satu siri anime shonen yangmendapat pengiktirafan dan penarafan tertinggi sepanjang dekad yang lalu. Anime ini telah mendapat markah 8.73 yang sangat mengagumkan di MyAnimeList dan memenangi anugerah untuk anime drama terbaik di Anugerah Anime Crunchyroll 2020 untuk jalan ceritanya yang luar biasa.

Tidak dinafikan lagi, ramai peminat anime teruja untuk menonton kesinambungan adaptasi siri manga epik Makoto Yukimura ini.

Artikel Lain

Baiklah, sekarang kami nak kongsikan kat korang semua macam mana nak buat sari kata dengan menggunakan cara yang ramai subber buat. Antara yang korang perlu ada dan download ialah: 1-…

Belle atau dalam bahasa Jepunnya berjudul ‘Ryu to Sobakasu no Hime‘ (Naga dan Sang Puteri dengan Wajah Berbintik) merupakan filem anime terbaru oleh pengarah Mamoru Hosoda, nama Mamoru Hosoda memang…

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *